Friday, September 30, 2011

Hari Usahawan 2011..Jom kita ke galeri permainan….


Hari ni Gang Tinjau2 sempat ke galeri permainan. Bermacam-macam permainan dapat disaksikan dan boleh  disertai. Bermacam-macam hadiah turut disediakan.  Jangan malu dan segan sila cuba semua permainan…..
4-5006C528-854112-4804-E507BA11-874646-480
Pengusaha taman permainan…..
IMAG0154
IMAG0155
IMAG0156
IMAG0157
IMAG0158
IMAG0159
IMAG0160
Aktiviti menembak…..
IMAG0161
IMAG0162
Memancing di daratan…..
IMAG0166
IMAG0168
golf..
IMAG0169
IMAG0153
IMAG0170
bowling mini….

Thursday, September 29, 2011

Hari Usahawan pasti gempak…jom ramai-ramai..

Macam-macam ada…..



Gerai kelolaan guru-guru tahun 1 merupakan pelbagai jenis goreng-gorengan seperti berjenis-jenis bebola yang lazat seperti bebola ikan, udang, sotong ketam dan lain-lain, nugget ayam, otak-otak, ayam goreng bersalut, dan fries dengan sos cheezy.  Paling istimewa ialah limpahan sos original  dan sos black papper berapi yang pasti menjilat jari. Semua boleh didapati di Gerai  BEBOLA API BERAPI. Jangan lepaskan peluang ini...jika lambat pasti menggigit jari.....

4-F0F7B44F-915556-480

Gerai Aiskrim kelolaan pentadbir
Macam-macam aiskrim ada ……Kalau nak rasa aiskrim 1 Malaysia jom ramai-ramai ke gerai  ini….
4-4F3D869F-1057593-480
Gerai Burger Bang Bang Boom ini kelolaan guru-guru Tahun 3
Macam-macam Burger ada….rugi kalau tak singgah sini.  Burger terbest sekali ada dijual di sini.
4-52F11FB4-861320-480
Gerai Nasi ayam pasti ummph ini kelolaan guru-guru Tahun 5.  Nasi ayam ni memang special.  Beli jangan tak beli..beli satu pasti nak lagi…..
4-4872B34D-877304-480
Gerai air terhebat ini dikelolakan oleh guru-guru Tahun 2….mewah.air dan aiskrimnya pasti melempah ruah…..macam-macam rasa ada…..singgah jangan tak singgah….
4-B3A7DF87-892094-480
Gerai Nasi Lemak dan kuih-muih  ini pula kelolaan guru-guru tahun 6. Nasi lemaknya memang istimewa ..pasti tidak kecewa kalau membelinya…..pelbagai jenis kuih-muih turut dijual di gerai ini……Jom..jom…jom….ke sini.

Gerai Mee Hoon
Gerai Mee/Bihun Sup Power ni kelolaan guru-guru tahun 4.  Bihun yang memang power rugi kalau tak rasa….mesti beli……

Wednesday, September 28, 2011

Kisah seram di SKRH…..


Hari nie geng tinjau2 sempat  meninjau ke Rumah Hantu  yang hampir 60 peratus siap dan INSYALLAH dapat beroperasi mungkin esok atau lusa.  Walaupun belum 100% siap tapi keseramannye dah terasa……..
Kalau nak rasa seram jomlah ramai-ramai ke Rumah Hantu SKRH pada 2 Oktober , Ahad nie ……Anda pasti takkan kecewa merasai keseramannya
Sempat berkenalan dengan seekor hantu nie….belum beraksi pun rupenye dah cukup menyeramkan……4-D875B711-868387-480
IMAG01214-CA979177-685119-480
Antara orang kuat yang bertungkus lumus menyiapkan rumah hantu nie….
Hantu-hantu yang lain malu nak tunjuk muka ….kena tengok sendirilah yer…
IMAG0120

4-60CD8BCF-713017-480
Entah ape diaorang nie buat…mengangkung ke????
             Kalau nak masuk Rumah Hantu nie kena baca apa-apa yang patut dan perlu kuatkan semangat…kalau ada lemah jantung dinasihatkan daftar dulu sebelum masuk dan jelaskan pada penjaga rumah hantu tu…..takut jantung anda terhenti buat selamanye lah pulak..Tapi kalau tak masuk satu kerugian besar sebab hantu-hantu nie entah berapa tahun sekali muncul di SKRH nie…. OKlah Jangan lupa datang ke HARI USAHAWAN SKRH 2011.
Tarikh: 2 Oktober 2011
Hari   : Ahad
Tempat: SK Rinching Hilir

Jom ramai-ramai raikan bersama kami!!!!!!!

Sunday, September 25, 2011

Program bacaan Tahun 1

Murid-murid tahun 1 juga diberi peluang untuk memasuki Pusat Sumber Sekolah bagi mengikut program NILAM sekolah. 
Aktiviti Bacaan Tahun 1 005Aktiviti Bacaan Tahun 1 006
Walaupun murid-murid tahun 1 ini masih belum lancar membaca, namun dua minggu sekali akan dibawa ke Pusat Sumber Sekolah bagi mendedahkan kepada mereka berhubung PSS.
Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Sumber sekolah ialah bercerita sambil membaca dan mengeja.  Sebuah buku besar akan dipilih dan guru akan menunjukkan beberapa perkataan. Murid-murid cuba mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan.
Aktiviti Bacaan Tahun 1 008Aktiviti Bacaan Tahun 1 009Aktiviti Bacaan Tahun 1 013
Selain bercerita secara kelas, aktiviti bacaan secara berpasangan juga diadakan.
Aktiviti Bacaan Tahun 1 038
Ini adalah antara buku-buku besar yang ada di Pusat Sumber Sekolah. Buku-buku ini amat sesuai kerana mudah dibaca dan boleh dieja mengikut suku kata berwarna.
Aktiviti Bacaan Tahun 1 040
Murid diberi peluang memilih sendiri  buku-buku yang ingin dibaca bersama pasangan.
Aktiviti Bacaan Tahun 1 014Aktiviti Bacaan Tahun 1 015Aktiviti Bacaan Tahun 1 016Aktiviti Bacaan Tahun 1 017Aktiviti Bacaan Tahun 1 018Aktiviti Bacaan Tahun 1 020Aktiviti Bacaan Tahun 1 021Aktiviti Bacaan Tahun 1 022Aktiviti Bacaan Tahun 1 023Aktiviti Bacaan Tahun 1 024
Selain daripada itu, bacaan secara kumpulan juga dijalankan.  Seorang murid yang lancar membaca akan dipilih bagi setiap kumpulan. Murid ini akan membacakan cerita kepada rakan-rakannya.  Guru membimbing dan bersoal jawab berhubung cerita yang telah dibaca di dalam kumpulan. 
Aktiviti Bacaan Tahun 1 030Aktiviti Bacaan Tahun 1 031
Selepas setiap kali ke PSS, murid akan dibimbing pula menulis dan melengkapkan buku NILAM.
Program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang kurang menguasai kemahiran  membaca.  Semoga segala usaha yang dilakukan terus dapat membantu mengatasi masalah membaca di kalangan anak-anak didik terutamanya tahun 1 ini.

Program E-BaTu

Bagi membimbing murid linus  tahun 1 dan tahun 2, program E-BaTu iaitu eja, baca dan tulis dijalankan.  Tujuan utama program ni adalah untuk mengatasi masalah murid-murid dalam mengeja, membaca dan menulis.  Biasanya dijalankan lebih kurang 15 hingga 20 minit setiap sesi pengajaran pembelajaran. Ia dijalankan secara berkumpulan.  Bagi murid-murid linus tegar pula perlu dijalankan secara individu kerana memerlukan bimbingan khusus.
 IMG_2837
Antara bahan bantu (kad perkataan) yang digunakan bagi menjalankan program E-BaTu.
IMG_2814
Aktiviti dijalankan secara berpasangan.  Murid diberi kad perkataan dan mengeja bersama-sama. 
IMG_2815
IMG_2816
Kemudian salah seorang menyebut perkataan dan rakannya mengeja secara lisan.

IMG_2820
Selepas mengeja secara lisan, murid mengeja secara bertulis di dalam buku rampaian.
IMG_2817IMG_2818
Buku-buku  murid ini disemak segera bagi memastikan tiada kesilapan dilakukan.  Sekiranya terdapat kesalahan maka pembetulan segera perlu dilakukan.
IMG_2829
IMG_2835
Latih tubi bacaan secara kelas juga amat membantu mengatasi masalah literasi ini.  Alhamdulillah program ini melihatkan keberkesanannya kerana daripada 106 murid tahun 1 2011, selepas saringan kedua hanya tinggal 13 murid linus dan 3 murid linus tegar.
Besarlah harapan guru-guru SKRH terutamanya guru-guru tahun 1, agar dapat mengurangkan lagi jumlah murid Linus dan linus tegar di sekolah ini.  Namun kerjasama padu daripada ibu bapa amat diharapkan bagi mengatasi masalah ini bersama.
Walau bertungkus lumus sekalipun guru-guru membimbing tapi tiada pengukuhan bersama di rumah rasanya kurang dan lambat hasilnya.  Andainya ibu bapa sama-sama membantu Insyallah anak-anak SKRH pasti boleh melepasi saringan 3 nanti.