Tuesday, November 22, 2011

HAC SK RINCHING HILIR 2011

Rabu 16 November 2011, Hari Anugerah Cemerlang SKRH.
Sebelum majlis berlangsung.
Menyingkap hari-hari sebelum majlis tersebut.  Semua guru mempunyai tugas yang telah ditetapkan agar  HAC  berjalan dengan lancar.
AJK Hadiah sedang berkerja keras bagi menyiapkan hadiah-hadiah yang bakal diterima oleh pelajar-pelajar cemerlang.
IMAG0596IMAG0597IMAG0598IMAG0599
AJK pentas turut memainkan peranan bagi memastikan pentas dihiasi dengan cantik.  Puan Guru Besar sendiri telah memilih kain berwarna kuning untuk tirai belakang pentas.
IMAG0591IMAG0593IMAG0600
Ketika berlangsungnya majlis HAC
Kehadiran ibubapa dan penjaga pada HAC SKRH.
IMAG0702
IMAG0704IMAG0703
IMAG0705
Juruacara En. Md. Saberi
IMAG0706IMAG0707IMAG0708
Juruacara Pn. Ezni
IMAG0709IMAG0710IMAG0713IMAG0714IMAG0715
Murid-murid yang menyertai persembahan dikir barat di bawah bimbingan En. Zaidi
IMAG0716IMAG0717IMAG0718
Guru dan murid-murid pra sekolah
IMAG0720IMAG0721
AJK pengurus peserta telah menyusun murid-murid yang bakal menerima hadiah  agar majlis berjalan dengan lancar. Hidangan untuk VIP pula telah disiapkan dengan begitu rapi oleh AJK makanan.
IMAG0723IMAG0724IMAG0725
Nota: Setakat ini dahulu yang sempat dimuatkan kerana kami mewakili ibubapa ke Dewan SKJ Cina di Semenyih atas urusan bantuan awal persekolahan bersama YB Johan. Insyallah akan cuba mendapatkan foto-foto yang lain secepat mungkin sebagai kenangan di SKRH.Tunggu………

Tuesday, November 15, 2011

GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 2012


1. PENDAHULUAN
Pada 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2012. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2012.

2. OBJEKTIF
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember 2011 sebelum sekolah buka.


3. KRITERIA KELAYAKAN
3.1 Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2012

3.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.


4. TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2012 sahaja.


5. KADAR
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.


6. TANGGUNGJAWAB JABATAN
6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
6.1.1 Pembayaran bantuan dikredit ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
6.1.2 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan pembayaran.
6.1.3 Mengeluarkan Surat Siaran pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan.
6.1.4 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
6.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
6.2.1 Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai pelaksanaan bantuan ini.
6.2.2 Melaporkan rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan kepada KPM mengikut tarikh seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1

TARIKH SERAHAN AKUAN PENERIMAAN/ PENOLAKAN BAYARAN

TAHUN / TINGKATAN

TINDAKAN

10 Disember 2011

Tahun 2 hingga tingkatan 5 sesi 2012

JPN kepada KPM

10 Februari 2012

Tahun 1 sesi 2012

JPN kepada KPM

7. TATACARA PENGELUARAN WANG
Tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa. Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut :
7.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau
7.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.


8. MURID BERPINDAH SEKOLAH
Bagi sekolah yang telah membuat pembayaran bantuan khas ini kepada murid yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH BAYAR BANTUAN KHAS RM100’ pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan pembayaran Bantuan di sekolah baru nanti.

9. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN
9.1 Kekurangan Peruntukan
Sekiranya berlaku kekurangan peruntukan, pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada Kementerian melalui JPN/PPD bersama rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN kemukakan kepada KPM adalah pada 10 Disember 2011 (bagi murid tahun 2 hingga tingkatan 5) dan 10 Februari 2012 (bagi murid tahun 1).
9.2 Lebihan Peruntukan
Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia” selewat-lewatnya pada 31 Mac 2012.

10. PENUTUP
10.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah.
10.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan Khas hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.
10.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan ini, JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian Kewangan, KPM di talian 03-8884 7642/ 7643.