Saturday, December 31, 2011

Contoh RPH

RANCANGAN PENGAJARAN KSSR KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
KELAS 2 AMANAH
MASA 8.00 – 9.00
TEMA / TAJUK PERPADUAN / HARI RAYA
STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.6
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir P & P murid dapat :
1. Mendengar dan bertutur ayat tunggal dengan betul dan tepat.
2. Memahami ayat tunggal.

AKTIVITI 1. Murid mendengar ayat tunggal yang dibaca oleh guru .
2. Murid menutur semula ayat tunggal yang didengarnya.
3. Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan diberi sampul surat yang mengandungi satu ayat tunggal. Setiap kumpulan bermain “telefon karat”.
4. Murid terakhir menulis dan menuturkan semula ayat tunggal yang didengar.
5. Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar secara lisan.
6. Murid menulis ayat tunggal berdasarkan gambar di dalam buku latihan.




EMK Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Islam /Moral.
Nilai : Hormat – menghormati,
TMK : Belajar melalui TMK

BBB Gambar , lembaran kerja, slaid power point.
PENILAIAN P & P Murid mendengar dan bertutur ayat tunggal dengan betul dan tepat.
REFLEKSI 40 orang murid dapat mendengar dan menuturkan ayat tunggal dengan betul dan tepat.
Pengayaan : Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar yang diberi.

Contoh Borang Pentaksiran KSSR Tahun 1

Image (39)

Image (40)

Image (41)

Isi kandung RPH

  • Contoh Isi kandungan RPH:
  1. Mata pelajaran dan kelas
  2. Tema /tajuk
  3. Masa
  4. Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)
  5. Objektif Pembelajaran
  6. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran: merujuk kepada 80% kemahiran atau aspek dan objektif yang hendak dicapai.
  7. Element Merentas Kurikulum (EMK)
  8. Bahan Bantu Belajar (BBB)
  9. Penilaian
  10. Impak atau refleksi ( nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P & P dan masukkan evidens jika ada jalankan PBS)

Tuesday, December 13, 2011

SIFIR GAJI GURU BERMULA JANUARI 2012

Rujuk: http://beritasemasa.com/gaji-sbpa-2012-pekeliling-baru

Jadual Cuti Persekolahan /Jadual Penggal Persekolahan 2012 :

Kedah, Kelantan dan Terengganu
Takwim Persekolahan 2012, Kalendar 2012, Jadual Cuti Persekolahan 2012, Jadual Penggal Persekolahan 2012, Cuti Umum 2012, Cuti Am 2012,kalender cuti sekolah 2012,cuti sekolah untuk wilayah persekutuan,cuti sekolah untuk negeri melaka,cuti sekolah untuk negeri pahang,cuti sekolah untuk negeri sembilan,cuti sekolah 2012 untuk selangor,cuti sekolah 2012 untuk kedah
Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Takwim Persekolahan 2012, Kalendar 2012, Jadual Cuti Persekolahan 2012, Jadual Penggal Persekolahan 2012, Cuti Umum 2012, Cuti Am 2012,kalender cuti sekolah 2012,cuti sekolah untuk wilayah persekutuan,cuti sekolah untuk negeri melaka,cuti sekolah untuk negeri pahang,cuti sekolah untuk negeri sembilan,cuti sekolah 2012 untuk selangor,cuti sekolah 2012 untuk kedah

Cuti Umum 2012

Date
Holiday
Applicable to
1 Jan (Sun) New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Sat) Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
15 Jan (Sun) Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
23 Jan (Mon) Chinese New Year National
24 Jan (Tue) Chinese New Year (2nd Day) National except Kelantan and Terengganu
1 Feb (Wed) Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 Feb (Sun) Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National
7 Feb (Tue) Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 Mar (Sun) Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
6 Apr (Fri) Good Friday Sabah & Sarawak only
15 Apr (Sun) Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Thu) Sultan of Perak's Birthday Perak only
1 May (Tue) Labour Day National
5 May (Sat) Vesak Day National
7 May (Mon) Hari Hol Pahang Pahang only
17 May (Thu) Raja Perlis' Birthday Perlis only
30 May (Wed) Harvest Festival Sabah & Labuan only
31 May (Thu) Harvest Festival Sabah & Labuan only
1 Jun (Fri) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Sat) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Sat) Agong's Birthday National
17 Jun (Sun) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sat) Georgetown World Heritage City Day Penang only
14 Jul (Sat) Penang Governor's Birthday Penang only
20 Jul (Fri) Sultan of Terengganu's Birthday Terengganu only
21 Jul (Sat) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only
6 Aug (Mon) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
19 Aug (Sun) Hari Raya Puasa * National
20 Aug (Mon) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Fri) National Day National
8 Sep (Sat) Sarawak Governor's Birthday Sarawak only
16 Sep (Sun) Malaysia Day National
6 Oct (Sat) Sabah Governor's Birthday Sabah only
13 Oct (Sat) Malacca Governor's Birthday Malacca only
24 Oct (Wed) Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
26 Oct (Fri) Hari Raya Haji * National
27 Oct (Sat) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
11 Nov (Sun) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
12 Nov (Mon) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
13 Nov (Tue) Deepavali National
15 Nov (Thu) Awal Muharram (Maal Hijrah) National
22 Nov (Thu) Sultan of Johor's Birthday Johor only
11 Dec (Tue) Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
20 Dec (Thu) Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
25 Dec (Tue) Christmas National

* Subject to change

Tuesday, November 22, 2011

HAC SK RINCHING HILIR 2011

Rabu 16 November 2011, Hari Anugerah Cemerlang SKRH.
Sebelum majlis berlangsung.
Menyingkap hari-hari sebelum majlis tersebut.  Semua guru mempunyai tugas yang telah ditetapkan agar  HAC  berjalan dengan lancar.
AJK Hadiah sedang berkerja keras bagi menyiapkan hadiah-hadiah yang bakal diterima oleh pelajar-pelajar cemerlang.
IMAG0596IMAG0597IMAG0598IMAG0599
AJK pentas turut memainkan peranan bagi memastikan pentas dihiasi dengan cantik.  Puan Guru Besar sendiri telah memilih kain berwarna kuning untuk tirai belakang pentas.
IMAG0591IMAG0593IMAG0600
Ketika berlangsungnya majlis HAC
Kehadiran ibubapa dan penjaga pada HAC SKRH.
IMAG0702
IMAG0704IMAG0703
IMAG0705
Juruacara En. Md. Saberi
IMAG0706IMAG0707IMAG0708
Juruacara Pn. Ezni
IMAG0709IMAG0710IMAG0713IMAG0714IMAG0715
Murid-murid yang menyertai persembahan dikir barat di bawah bimbingan En. Zaidi
IMAG0716IMAG0717IMAG0718
Guru dan murid-murid pra sekolah
IMAG0720IMAG0721
AJK pengurus peserta telah menyusun murid-murid yang bakal menerima hadiah  agar majlis berjalan dengan lancar. Hidangan untuk VIP pula telah disiapkan dengan begitu rapi oleh AJK makanan.
IMAG0723IMAG0724IMAG0725
Nota: Setakat ini dahulu yang sempat dimuatkan kerana kami mewakili ibubapa ke Dewan SKJ Cina di Semenyih atas urusan bantuan awal persekolahan bersama YB Johan. Insyallah akan cuba mendapatkan foto-foto yang lain secepat mungkin sebagai kenangan di SKRH.Tunggu………

Tuesday, November 15, 2011

GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 2012


1. PENDAHULUAN
Pada 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2012. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2012.

2. OBJEKTIF
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember 2011 sebelum sekolah buka.


3. KRITERIA KELAYAKAN
3.1 Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2012

3.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.


4. TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2012 sahaja.


5. KADAR
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.


6. TANGGUNGJAWAB JABATAN
6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
6.1.1 Pembayaran bantuan dikredit ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
6.1.2 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan pembayaran.
6.1.3 Mengeluarkan Surat Siaran pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan.
6.1.4 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
6.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
6.2.1 Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai pelaksanaan bantuan ini.
6.2.2 Melaporkan rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan kepada KPM mengikut tarikh seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1

TARIKH SERAHAN AKUAN PENERIMAAN/ PENOLAKAN BAYARAN

TAHUN / TINGKATAN

TINDAKAN

10 Disember 2011

Tahun 2 hingga tingkatan 5 sesi 2012

JPN kepada KPM

10 Februari 2012

Tahun 1 sesi 2012

JPN kepada KPM

7. TATACARA PENGELUARAN WANG
Tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa. Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut :
7.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau
7.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.


8. MURID BERPINDAH SEKOLAH
Bagi sekolah yang telah membuat pembayaran bantuan khas ini kepada murid yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH BAYAR BANTUAN KHAS RM100’ pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan pembayaran Bantuan di sekolah baru nanti.

9. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN
9.1 Kekurangan Peruntukan
Sekiranya berlaku kekurangan peruntukan, pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada Kementerian melalui JPN/PPD bersama rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN kemukakan kepada KPM adalah pada 10 Disember 2011 (bagi murid tahun 2 hingga tingkatan 5) dan 10 Februari 2012 (bagi murid tahun 1).
9.2 Lebihan Peruntukan
Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia” selewat-lewatnya pada 31 Mac 2012.

10. PENUTUP
10.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah.
10.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan Khas hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.
10.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan ini, JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian Kewangan, KPM di talian 03-8884 7642/ 7643.

Friday, October 28, 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak 2011


Jumaat, 28 Oktober 2011 telah diadakan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mawardi dan perasmian oleh Guru Besar, Pn. ‘Aini bte Saleho di tapak perhimpunan.  Kemudian acara sukan1Murid 1Sukan diadakan bagi murid-murid tahap satu di padang.
IMAG0432IMAG0433
Sementara murid-murid di padang, guru-guru di bawah jawatan kuasa yang telah ditetapkan menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Antaranya ialah persembahan murid dan juga makanan.
IMAG0434IMAG0435
Makanan untuk hari kanak-kanak….vitagen dan muffin pisang……pasti berkhasiat untuk anak-anak SKRH….
IMAG0436IMAG0437
Sementara murid-murid tahap 2 direhatkan, murid-murid tahap 1 di kawal dengan rapi oleh guru-guru supaya disiplin terkawal.
IMAG0440
Dari padang beralih ke dewan.  Selepas rehat lebih kurang jam 9.30 pagi acara di dewan dimulakan.  Juruacara  bagi memastikan perjalanan acara berjalan lancar ialah En. Nazrul. 
IMAG0441
PA sistem di bawah kawalan En. Ridzuan Shukri dan  En.  Muhammad
IMAG0442
cara dimulakan dengan cabutan bertuah murid-murid tahap 1.
IMAG0443IMAG0444IMAG0445IMAG0446IMAG0447IMAG0448
Bertuah juga murid nie ye!!!! Anak siapalah tu?
IMAG0449IMAG0450
Yang nie pun bertuah juga……….Alhamdulillah.
IMAG0451
Persembahan pertama daripada murid-murid pra sekolah dengan tarian Pop Yeh Yeh nye…….hebat…..
IMAG0452IMAG0454
IMAG0453
Kemudian acara dikir barat tahun 6, Koir tahun 4, Oh Fatimah oleh pra sekolah dan tarian India oleh murid-murid tahap 2.
4-861E8376-80711737-480
Persembahan terakhir…tarian bollywood oleh murid-murid tahun 6 dan tahun 4.