Saturday, December 31, 2011

Contoh RPH

RANCANGAN PENGAJARAN KSSR KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
KELAS 2 AMANAH
MASA 8.00 – 9.00
TEMA / TAJUK PERPADUAN / HARI RAYA
STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.6
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir P & P murid dapat :
1. Mendengar dan bertutur ayat tunggal dengan betul dan tepat.
2. Memahami ayat tunggal.

AKTIVITI 1. Murid mendengar ayat tunggal yang dibaca oleh guru .
2. Murid menutur semula ayat tunggal yang didengarnya.
3. Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan diberi sampul surat yang mengandungi satu ayat tunggal. Setiap kumpulan bermain “telefon karat”.
4. Murid terakhir menulis dan menuturkan semula ayat tunggal yang didengar.
5. Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar secara lisan.
6. Murid menulis ayat tunggal berdasarkan gambar di dalam buku latihan.




EMK Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Islam /Moral.
Nilai : Hormat – menghormati,
TMK : Belajar melalui TMK

BBB Gambar , lembaran kerja, slaid power point.
PENILAIAN P & P Murid mendengar dan bertutur ayat tunggal dengan betul dan tepat.
REFLEKSI 40 orang murid dapat mendengar dan menuturkan ayat tunggal dengan betul dan tepat.
Pengayaan : Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar yang diberi.

No comments:

Post a Comment