Sunday, September 25, 2011

Program E-BaTu

Bagi membimbing murid linus  tahun 1 dan tahun 2, program E-BaTu iaitu eja, baca dan tulis dijalankan.  Tujuan utama program ni adalah untuk mengatasi masalah murid-murid dalam mengeja, membaca dan menulis.  Biasanya dijalankan lebih kurang 15 hingga 20 minit setiap sesi pengajaran pembelajaran. Ia dijalankan secara berkumpulan.  Bagi murid-murid linus tegar pula perlu dijalankan secara individu kerana memerlukan bimbingan khusus.
 IMG_2837
Antara bahan bantu (kad perkataan) yang digunakan bagi menjalankan program E-BaTu.
IMG_2814
Aktiviti dijalankan secara berpasangan.  Murid diberi kad perkataan dan mengeja bersama-sama. 
IMG_2815
IMG_2816
Kemudian salah seorang menyebut perkataan dan rakannya mengeja secara lisan.

IMG_2820
Selepas mengeja secara lisan, murid mengeja secara bertulis di dalam buku rampaian.
IMG_2817IMG_2818
Buku-buku  murid ini disemak segera bagi memastikan tiada kesilapan dilakukan.  Sekiranya terdapat kesalahan maka pembetulan segera perlu dilakukan.
IMG_2829
IMG_2835
Latih tubi bacaan secara kelas juga amat membantu mengatasi masalah literasi ini.  Alhamdulillah program ini melihatkan keberkesanannya kerana daripada 106 murid tahun 1 2011, selepas saringan kedua hanya tinggal 13 murid linus dan 3 murid linus tegar.
Besarlah harapan guru-guru SKRH terutamanya guru-guru tahun 1, agar dapat mengurangkan lagi jumlah murid Linus dan linus tegar di sekolah ini.  Namun kerjasama padu daripada ibu bapa amat diharapkan bagi mengatasi masalah ini bersama.
Walau bertungkus lumus sekalipun guru-guru membimbing tapi tiada pengukuhan bersama di rumah rasanya kurang dan lambat hasilnya.  Andainya ibu bapa sama-sama membantu Insyallah anak-anak SKRH pasti boleh melepasi saringan 3 nanti.

No comments:

Post a Comment