Sunday, September 25, 2011

Program bacaan Tahun 1

Murid-murid tahun 1 juga diberi peluang untuk memasuki Pusat Sumber Sekolah bagi mengikut program NILAM sekolah. 
Aktiviti Bacaan Tahun 1 005Aktiviti Bacaan Tahun 1 006
Walaupun murid-murid tahun 1 ini masih belum lancar membaca, namun dua minggu sekali akan dibawa ke Pusat Sumber Sekolah bagi mendedahkan kepada mereka berhubung PSS.
Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Sumber sekolah ialah bercerita sambil membaca dan mengeja.  Sebuah buku besar akan dipilih dan guru akan menunjukkan beberapa perkataan. Murid-murid cuba mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan.
Aktiviti Bacaan Tahun 1 008Aktiviti Bacaan Tahun 1 009Aktiviti Bacaan Tahun 1 013
Selain bercerita secara kelas, aktiviti bacaan secara berpasangan juga diadakan.
Aktiviti Bacaan Tahun 1 038
Ini adalah antara buku-buku besar yang ada di Pusat Sumber Sekolah. Buku-buku ini amat sesuai kerana mudah dibaca dan boleh dieja mengikut suku kata berwarna.
Aktiviti Bacaan Tahun 1 040
Murid diberi peluang memilih sendiri  buku-buku yang ingin dibaca bersama pasangan.
Aktiviti Bacaan Tahun 1 014Aktiviti Bacaan Tahun 1 015Aktiviti Bacaan Tahun 1 016Aktiviti Bacaan Tahun 1 017Aktiviti Bacaan Tahun 1 018Aktiviti Bacaan Tahun 1 020Aktiviti Bacaan Tahun 1 021Aktiviti Bacaan Tahun 1 022Aktiviti Bacaan Tahun 1 023Aktiviti Bacaan Tahun 1 024
Selain daripada itu, bacaan secara kumpulan juga dijalankan.  Seorang murid yang lancar membaca akan dipilih bagi setiap kumpulan. Murid ini akan membacakan cerita kepada rakan-rakannya.  Guru membimbing dan bersoal jawab berhubung cerita yang telah dibaca di dalam kumpulan. 
Aktiviti Bacaan Tahun 1 030Aktiviti Bacaan Tahun 1 031
Selepas setiap kali ke PSS, murid akan dibimbing pula menulis dan melengkapkan buku NILAM.
Program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang kurang menguasai kemahiran  membaca.  Semoga segala usaha yang dilakukan terus dapat membantu mengatasi masalah membaca di kalangan anak-anak didik terutamanya tahun 1 ini.

No comments:

Post a Comment