Tuesday, January 15, 2013

Program Transisi 2013

Assalamualaikum semua. Rasanya belum terlambat mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua guru dan pelajar. Kami warga SKRH juga mengalu-alukan kedatangan GPK HEM kita iaitu En. Jamaludin b. Nayan. Selamat datang dan semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang di SKRH.

Kepada pelajar-pelajar cilik Tahun 1,minggu Transisi telah pun berakhir hari ini.Nampaknya bermacam-macam ragam tahun nie ye...ada yang menangis, berguling, lari pun ada....Sabarlah ye cikgu-cikgu, InsyAllah hanya Allah yang dapat membalas jasa baik cikgu dalam mendidik anak-anak ini.

Marilah kita lihat antara aktiviti yang telah dijalankan oleh anak-anak didik tahun 1 sepanjang program Transisi 2013.


Mengenal rakan melalui huruf blok dan warna.







Senaman ringan


Santapan Rohani






Aktiviti motor halus dalam kumpulan: Epal Gergasi









Lawatan ke tempat letak kereta guru dan letak basikal murid.Penerangan ringkas berhubung penjagaan keselamatan di tempat berkenaan.




Itu di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program Transisi. Semoga anak-anak tahun 1 ini dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan dapat meneruskan alam persekolahan dengan lebih berkeyakinan seterusnya dapat menjadi pelajar yang cemerlang akademik,akhlak dan sahsiah. InSyaAllah.

No comments:

Post a Comment