Wednesday, July 13, 2011

Hari terbuka SKRH

Hari terbuka SKRH telah diadakan pada 13.6.2011, Ibubapa  dan guru-guru berpeluang membincangakan perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak.  Beginilah antara situasinya.
 Hari terbuka 17.6.2011 001 Hari terbuka 17.6.2011 002 Hari terbuka 17.6.2011 003 Hari terbuka 17.6.2011 004 Hari terbuka 17.6.2011 005 Hari terbuka 17.6.2011 006 Hari terbuka 17.6.2011 007 Hari terbuka 17.6.2011 008 Hari terbuka 17.6.2011 009 Hari terbuka 17.6.2011 010 Hari terbuka 17.6.2011 011 Hari terbuka 17.6.2011 012 Hari terbuka 17.6.2011 013Hari terbuka 17.6.2011 014
Antara masalah yang dihadapi, hasil perbincangan antara ibu bapa dan  guru-guru Tahun 1:
1. Murid kerap tidak hadir ke sekolah.  Sekiranya berterusan akan menjejaskan prestasi pelajar.
2. Kerap tidak membawa buku  ke sekolah.
3. Kurang pemantauan daripada ibubapa berhubung pembelajaran anak-anak disebabkan kesuntukan masa.
4. Ibu bapa sendiri seolah-olah berputus asa dengan sikap anak-anak.
5. Sikap dan disiplin pelajar yang sukar dikawal oleh guru-guru.
6. Masalah kehilangan barang-barang di sekolah seperti  buku, pensel, pemadam, pembaris dan sebaginya.
Tindakan guru dan ibubapa:
1.  Perlu memastikan anak tidak ponteng ke sekolah.
2.  Memastikan jadual anak-anak dipantau setiap hari.
3. Memantau semua tugasan atau kerja yang diberikan oleh guru.
4. Perlu mengambil tindakan sewajarnya dan tidak berputus asa.
5. Ada di kalangan ibubapa membenarkan anak-anaknya dirotan sekiranya berlaku masalah disiplin dan tidak mendengar arahan.
6. Murid-murid diminta melaporkan seberapa segera kepada guru yang sedang mengajar supaya tindakan dapat diambil segera.

No comments:

Post a Comment