Tamat saja Hari Usahawan pada 2 Oktober 2011, sambung pula Kursus KSSR BM Tahun 2 di SK Sungai Kantan dan KSSR Sains Tahun 2 di PPD Hulu Langat. Kesian kami ni penat belum hilang perlu sambung kursus dari 3 hingga 7 Oktober 2011. Demi negara dan SKRH, kami gagahi juga.
Beginilah sedikit sebanyak sekitar perjalanan kursus BM yang dilalui di SK Sungai Kantan bersama 2 orang JU Kebangsaan iaitu Pn. Zawiyah dari SK Bandar Tasik Kesuma dan Pn. Intan dari Sepang serta 2 orang JU Daerah Pn. Fauziah (SK Bandar Tun Hussin Onn) dan En. Elvin Raj (SKJT Kajang)
Hari Pertama 3 Oktober 2011
- Perasmian:
Kursus dimulakan dengan ucapan aluan daripada En. Wan Shuib b. Wan Ahmad pegawai PPD Hulu Langat. Beliau menerangkan secara ringkas perjalanan kursus selama lima hari ini serta serba sedikit latarbelakang JU kebangsaan dan JU daerah.
En. Wan Shuib b. Wan Ahmad Pegawai PPD Hulu Langat
- Penerangan berhubung:
- Penghantaran dokumen selepas kursus (En. Wan Shuib)
- Isi kandungan Fail kursus( Pn. Zawiyah)
- Pengisian borang tuntutan perjalanan kursus (Pn. Teo)
- Taklimat umum KSSR
- Pendekatan Modular terkandung dalam lima bentuk modul iaitu :
- Konsep Modular kemahiran mendengar dan bertutur (Pn. Fauziah),
- Konsep Modular Kemahiran Membaca (Pn. Zawiyah),
- Konsep Modular Kemahiran Menulis (En. Elvin),
- Konsep Modular Aspek Seni Bahasa (Pn. Fauziah) dan
- Konsep Modular Aspek Tatabahasa (En. Elvin)
Pn. Zawiyah (kiri) dan En. Elvin Raj (kanan)
Berdiri dari kiri Pn. Fauziah , Pn. Intan dan Pn. Zawiyah.
Pn. Teo Pegawai PPD Hulu Langat
JU sedang mengumumkan nama guru-guru yang belum menandatangani borang kehadiran.
Hari kedua 4 Oktober 2011
- Penerangan Penyediaan RPH dan Bengkel penyediaan RPH :
Selepas penerangan berhubung lima modul KSSR kami diagihkan kepada 12 kumpulan yang terdiri daripada 7 hingga 8 orang. Setiap kumpulan diminta menyediakan RPH berpandu modul yang telah ditetapkan.
- Contoh Isi kandungan RPH:
- Mata pelajaran dan kelas
- Tema /tajuk
- Masa
- Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)
- Objektif Pembelajaran
- Aktiviti pembelajaran dan pengajaran: merujuk kepada 80% kemahiran atau aspek dan objektif yang hendak dicapai.
- Element Merentas Kurikulum (EMK)
- Bahan Bantu Belajar (BBB)
- Penilaian
- Impak atau refleksi ( nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P & P dan masukkan evidens jika ada jalankan PBS)
Hari ketiga 5 Oktober 2011
- Pembentangan RPH:
Setiap kumpulan diminta membentangkan RPH kumpulan masing-masing dan berbincang sekiranya ada penambah baikan.
Bersama peserta kursus: Pn. Haryati Paimin (SK Kg. Rinching), En. Mohd Aidil Dzulasri b. Ahmad (SK Kuala Pajam), Pn. Hapizah bt. Tan (SK Ulu Semenyih)
Pn.Junila Ampin (Sk Sg. Ramal Dalam) dan Pn. Fadzilah Ahmad (SK Dusun Nanding)
Hari keempat 6 Oktober 2011
- Penerangan umum Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
- Taklimat Pembinaan Instrumen PBS
- Bengkel Penyediaan Instrumen PBS
- Pembentangan Hasil Pembinaan Instrumen PBS
Hari kelima 7 Oktober 2011
- Sambungan Pembentangan Hasil Pembinaan Instrumen PBS
- Rumusan dan penilaian
- Majlis penutup:
Kursus berakhir dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada semua jurulatih oleh En. Wan Shuib b. Wan Ahmad.
No comments:
Post a Comment