Alhamdulillah Hari Usahawan SKRH 2011 berjalan dengan lancar. Kepada semua AJK PIBG, guru-guru, kaki tangan sekolah, ibu bapa, dan murid-murid diucapkan jutaan terima kasih diatas kerja sama dan sokongan yang telah diberikan. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.
Jom kita sama-sama saksikan gambar-gambar semasa Hari Usahawan 2011 berlangsung.
Tahun 1: Bebola Api Berapi.
Gerai ini menjual pelbagai jenis makanan berasas goreng-gorengan antaranya bebola sotong, ikan, udang dan bebola udang dengan sos cili bawang putih dan sos cili berapi lada hitam. Selain itu gerai ini juga menjual fries dengan sos cheezy yang lazat…Ayam goreng lebih power turut dijual di sini..Alhamdulillah dalam masa tidak sampai 1 jam ke semua 10 ekor ayam goreng ini habis dijual.
AJKnya terdiri daripada Pn. Maizah Jalil, Pn. Mariam Ramli, Pn. Salmah Md. Nor, Cik Azrina Zainal dan dibantu oleh Pn. Rodziah.
Gerai Tahun 2: Fruity Floaty @ Cafe
Gerai ini pula menjual pelbagai jenis minuman panas dan sejuk. Antara air yang menarik perhatian ialah fruity floatynya dan juga air buah-buahan seperti jambu batu, asam boy, tembikai laici dan bandung cincau.Gerai ni kelolaan Pn Nor Amani Mohd Zin, Pn. Ezni Suhana Che' Man, Pn. Khaifarah Ahmat Khairi & Pn. Wawa.
Pn Nor Amani Mohd Zin: Tqvm...dgn kerja sama semua, fruity floaty @ cafe ni suksess2x...
Tahun 3: Bang Bang Boom Burger
AJK gerai terdiri daripada Pn. Mawardatul, Pn. Syarifah Ibrahim, Pn. Nurul Izza Amza dan En. Saberi.
Nurul Izza Amza: Ada sesiapa yang rasa burger BANG BANG BOOM? OK tak? Saya wakil AJK gerai burger mengucapkan terima kasih kpd semua pelanggan ~ juga ingin memohon maaf atas sgala kekurangan.. Almaklum la.. masih amatur lagi.. ;p btw, thanks a lot to Mr Luq...man de Jauhari, Mr Mohd Amin , adik Pn Mawardatul Asfar Ahmad n his friend kerana sudi menyumbang tenaga di gerai kami ~ mg Allah mempermudahkan segala urusan kalian di masa dpn~ amin
Tahun 4: Mee @ Bihun lebih power
Gerai ini dibawah kelolaan Pn. Habsah , Pn. Farani, dan Pn. Norhayati.
Tahun 5: Nasi Ayam pasti ummph
Gerai tahun 5 ini kelolaan Pn. Fauziah, Pn. Faridah,Pn.Sazarina dan Pn. Norhaizan.
Tahun 6: Nasi Lemak dan kuih-muih.
Gerai Nasi Lemak ini dibawah kelolaan guru-guru tahun 6 iaitu Pn. Azila, Pn. Syarifah Aini, Pn. Norimah, dan En Mawardi.
PIBG: Pizza, roti, bihun
Tn. Hj. Abdul Hakim Kussim: Di waktu semua orang tlh enak dibuai mimpi...kami anak beranak sedang sibuk menyediakan bahan2 utk jualan esok...semuanya atas hasrat ingin membantu menyelesaikan serba sedikit masalah kewangan sekolah...mudah2an kami ikhlas dlm membuat amal ini...Jadi jgn la ada yg merungut atas program hari kantin ini..semoga Allah memberi pahala yg berterusan atas amal jariah yg telah Tuan2 & Puan2 berikan insyaAllah...saya sebagai YDP PIBG SKRH dgn rendah hati memohon..ikhlaskan segala sumbangan yg telah diberi dan terima kasih daun keladi..
Pn.'Aini Salleho :Terimakasih Tn.Hj. atas segala bantuan. Mudahan kita semua ikhlas dan diberkati.
En.Noor Khilmi: Beli pizza kat stall PIBG mantoppp.....kelasss
Gerai Kaki tangan : Laksa
Pentadbir: Gerai Aiskrim 1 Malaysia.
Rumah hantu……
Selain gerai makanan dan minuman, terdapat juga rumah hantu dibawah kelolaan beberapa orang guru lelaki iaitu En. Nazri(Ketua), En. Mohd. Zaidi, En. Suhaimi Rani, En. Suhaimi Suib dan beberapa orang guru lagi. Rumah Hantu dah beroperasi sejak hari Khamis lagi.
Tok Guru dan hantu-hantu belaannya……..
Mohd Zaidi Ab Manaf: fuh..akhirnyee.... thanks for the hantu -hantu(murid tua skrh).... budi baik korang hanya Allah yg dapat mmbalasnya,,n gud luck for spm,,,,,
Permainan.
Tayangan
Tayangan filem yang bersesuaian dengan tahap murid turut diadakan. Murid-murid menonton mengikut giliran bagi setiap tahun. Tayangan ini dibawah kelolaan En. Muhammad.
Jumble Sale
Jumble Sale dibawah kelolaan Pn. Haryani dan Pn. Asmawati.
Permintaan lagu turut diadakan pada hari berlangsungnya Hari Usahawan ini. DJ utama yang memainkan peranan ialah En. Riduan Shukri.
DJ Radio SKRH
Hari Usahawan 2011 ditamatkan jam 3.00 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Insyallah bertemu lagi di lain masa.
No comments:
Post a Comment