Bagi membimbing murid linus tahun 1 dan tahun 2, program E-BaTu iaitu eja, baca dan tulis dijalankan. Tujuan utama program ni adalah untuk mengatasi masalah murid-murid dalam mengeja, membaca dan menulis. Biasanya dijalankan lebih kurang 15 hingga 20 minit setiap sesi pengajaran pembelajaran. Ia dijalankan secara berkumpulan. Bagi murid-murid linus tegar pula perlu dijalankan secara individu kerana memerlukan bimbingan khusus.
Antara bahan bantu (kad perkataan) yang digunakan bagi menjalankan program E-BaTu.
Aktiviti dijalankan secara berpasangan. Murid diberi kad perkataan dan mengeja bersama-sama.
Kemudian salah seorang menyebut perkataan dan rakannya mengeja secara lisan.
Selepas mengeja secara lisan, murid mengeja secara bertulis di dalam buku rampaian.
Buku-buku murid ini disemak segera bagi memastikan tiada kesilapan dilakukan. Sekiranya terdapat kesalahan maka pembetulan segera perlu dilakukan.
Latih tubi bacaan secara kelas juga amat membantu mengatasi masalah literasi ini. Alhamdulillah program ini melihatkan keberkesanannya kerana daripada 106 murid tahun 1 2011, selepas saringan kedua hanya tinggal 13 murid linus dan 3 murid linus tegar.
Besarlah harapan guru-guru SKRH terutamanya guru-guru tahun 1, agar dapat mengurangkan lagi jumlah murid Linus dan linus tegar di sekolah ini. Namun kerjasama padu daripada ibu bapa amat diharapkan bagi mengatasi masalah ini bersama.
Walau bertungkus lumus sekalipun guru-guru membimbing tapi tiada pengukuhan bersama di rumah rasanya kurang dan lambat hasilnya. Andainya ibu bapa sama-sama membantu Insyallah anak-anak SKRH pasti boleh melepasi saringan 3 nanti.
No comments:
Post a Comment