Murid-murid tahun 1 juga diberi peluang untuk memasuki Pusat Sumber Sekolah bagi mengikut program NILAM sekolah.
Walaupun murid-murid tahun 1 ini masih belum lancar membaca, namun dua minggu sekali akan dibawa ke Pusat Sumber Sekolah bagi mendedahkan kepada mereka berhubung PSS.
Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Sumber sekolah ialah bercerita sambil membaca dan mengeja. Sebuah buku besar akan dipilih dan guru akan menunjukkan beberapa perkataan. Murid-murid cuba mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan.
Selain bercerita secara kelas, aktiviti bacaan secara berpasangan juga diadakan.
Ini adalah antara buku-buku besar yang ada di Pusat Sumber Sekolah. Buku-buku ini amat sesuai kerana mudah dibaca dan boleh dieja mengikut suku kata berwarna.
Murid diberi peluang memilih sendiri buku-buku yang ingin dibaca bersama pasangan.
Selain daripada itu, bacaan secara kumpulan juga dijalankan. Seorang murid yang lancar membaca akan dipilih bagi setiap kumpulan. Murid ini akan membacakan cerita kepada rakan-rakannya. Guru membimbing dan bersoal jawab berhubung cerita yang telah dibaca di dalam kumpulan.
Selepas setiap kali ke PSS, murid akan dibimbing pula menulis dan melengkapkan buku NILAM.
Program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang kurang menguasai kemahiran membaca. Semoga segala usaha yang dilakukan terus dapat membantu mengatasi masalah membaca di kalangan anak-anak didik terutamanya tahun 1 ini.
No comments:
Post a Comment