Seperti biasa pagi Rabu dimulakan denga senaman ringan oleh En. Nik Mohd. Nazri. Selepas pengurusan kelas, diadakan sesi bercerita yang bertajuk “Arnab dengan kura-kura”. Murid-murid mendengar cerita berpandu gambar. Guru bersoal jawab dengan murid berhubung cerita dan nilai murni yang terkandung dalam cerita tersebut. Kemudian murid bercerita semula dengan bimbingan guru.
Selepas rehat, murid melakukan aktiviti motor halus dengan membina kolaj buah-buahan gergasi secara kumpulan. Inilah antara hasil kerja murid-murid tahun satu.
Gambar seterusnya di http://myzajalbum.blogspot.com/2011/01/program-transisi-1212011.html
No comments:
Post a Comment