Monday, January 17, 2011
Saturday, January 15, 2011
PEPERIKSAAN AWAM 2011
PMR 4-12 OKTOBER 2011
SPM 14Nov-14 Dis 2011
STAM 12-19 Oktober 2011
Program Motivasi ibubapa dan Mentor Mentee 2011
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Latar Belakang
1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :
· Pembangunan modal insan
· Penghasilan pelajar celik minda
· Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
· Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.
2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:
· Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
· Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai
3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.
Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah
1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 - KBSR (semakan)
2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Transformasi Kurikulum
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Hasrat Pendidikan
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Cabaran Abad Ke-21
- Dasar Pendidikan Kebangsaan - Model Baru Ekonomi (MBE)
- Wawasan 2020 - Teori Pembelajaran
- Rangka Rancangan Jangka Panjang - 4 Pillars of Education
CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)
Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:
· Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
· Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
· Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
· Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
· Jati diri dan semangat patriotisme
· Memahami dan menghayati budaya nasional
KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH
· Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
· Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup
BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI
Komunikasi - Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi
Sains & Teknologi - Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Perkembangan Fizikal & Estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
Kerohanian, Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
Kemanusiaan - Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
KEMAHIRAN NILAI TAMBAH /
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran
Standard Kandungan |
Standard Pembelajaran |
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. | Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. |
Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran
Standard Kandungan |
Standard Pembelajaran |
Bahasa Malaysia Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul | Bahasa Malaysia Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah. |
Bahasa Inggeris Able to express personal response to literary texts | Bahasa Inggeris Able to respond to: a. Book covers b. Pictures in books c. Characters with guidance |
Matematik Menama dan menentukan nilai nombor | Matematik Menamakan nombor hingga 100: a. Membilang objek dalam kumpulan. b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti. |
Mengapa Standard?
• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .
Bahan Kurikulum
1. Dokumen Kurikulum | 2. Buku Teks |
• Standard Kandungan • Standard Pembelajaran | • Berpendekatan Modular |
Pedagogi
Kemahiran Berfikir | Belajar Cara Belajar |
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai | Pembelajaran Masteri |
Pembelajaran Akses Kendiri | Pembelanjaran Secara Konteksual |
Pembelajaran Secara Konstruktivisme | Pengajaran Berasaskan Masa Depan |
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi (TMK) |
Pentaksiran P&P
v Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
v Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai
v Bersifat autentik dan holistik
Kesimpulan
q Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21;
q Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan
q Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan
HASIL LAWATAN PENYELIAAN & PEMANTAUAN BERKELOMPOK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
1. Buku Rekod Mengajar
- Ramai guru yang tidak mencatatkan refleksi atau impak selepas setiap P&P
atau penulisannya terlalu subjektif , tiada ukuran untuk dijadikan panduan
- Kebanyakan guru mencatatkan aktiviti dalam penulisan rancangan harian terlalu ringkas
Aktiviti yang dicatat tanpa mengambilkira tahap pencapaian murid.
Kebanyakan guru tiada catatan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hanya menyertakan cetakan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai RPT.
- Melampirkan RPT dan Sukatan Pelajaran yang telah lusuh atau tulisan yang tidak terang /sukar dibaca. Ada yang mencatatkan disimpan pada fail yang berasingan tetapi tidak disertakan untuk rujukan, ianya sepatutnya mudah diakses bila diperlukan
- Helaian Rekod Penghargaan, Pertemuan Profesional dan Aktiviti Guru tiada catatan , ianya memudahkan pihak pentadbir untuk membuat penilaian prestasi.
- Ada guru yang tidak membawa Buku Rekod Mengajar – satu kesalahan. Guru perlu menghayati nota dan catatan yang disertakan dimuka hadapan BRM sebagai panduan dan rujukan.
2. Proses Pengajaran & Pembelajaran
- Guru masih menggunakan cara tradisional – penyampaian yang tidak menarik dan mencatat atas papan tulis. 9 kaedah pedagogi baru yang diperkenalkan tidak digunakan.
- Kaedah yang digunakan kaedah yang berpusatkan guru.
- Guru banyak menggunakan kaedah ceramah ( lecture) tanpa mengambilkira tahap pencapaian dan kebolehan murid.
- Setiap P&P perlu dimulakan dengan set induksi yang relevan agar dapat menarik minat dan perhatian murid untuk dikaitkan dengan pelajaran yang akan diajar.Aktiviti yang menarik yang ada hubung kait dengan pelajaran dan aktiviti pengukuhan . Guru sering menggunakan aktiviti mebaca buku teks secara bergilir didalam kelas . Kaedah ini tidak sesuai untuk matapelajaran Sains, Kajian Tempatan , Kemahiran Hidup dan matapelajaran lain selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Kemudahan ICT – makmal komputer, course ware, Astro ( TV Pendidikan) dengan pendekatan yang lebih menarik tidak digunakan dengan meluas.
- Penggunaan ABM / BBM – terlalu minimum menyebabkan proses P&P membosankan dan kurang berkesan.
- Aktiviti amali untuk matapelajaran Sains dan Kemahiran Hidup kurang dijalankan. Murid hanya belajar secara teori atau maya sahaja.
- Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ditempat mengajar kelas peperiksaan tanpa memberikan bimbingan terlebih dahulu. GSTT perlu diberi bimbingan dan tunjukajar oleh guru-guru berpengalaman dan terlatih.
- Pencerapan rakan sebaya, ketua panitia dan pentadbir perlu diamalkan dengan berjadual, berkala dan konsisten untuk membantu dan memberi komen membina
- P&P Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak dipisahkan . Guru yang mengajar bukan guru opsyen dan silih berganti setiap tahun dan ramai. Diajar tanpa mengikut sukatan pelajaran yang betul. Peralatan kurang seperti ragbi, hoki dan badminton.
- P & P Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik – tiada bilik Muzik Khas menyebabkan menganggu kelas yang berdekatan. Guru yang mengajar bukan guru opsyen menyebabkan kemahiran dan pengetahuan guru terhad. Bilik muzik sering diletakkan di tingkat atas menyebabkan guru dan pelajar menghadapi kesukaran memindahkan peralatan bila diperlukan untuk membuat persembahan.
- P&P Sains- guru jarang membuat eksperimen , jika dibuat dalam kumpulan yang besar.
Menyebabkan murid kurang minat mempelajari Sains
- Guru bukan opsyen hendaklah diberi bimbingan dan latihan berkala.
3. Buku Nota / Buku Latihan
Dikebanyakan sekolah :-
- Nota dan latihan yang diberi guru tidak mencukupi
- Tidak diperiksa dengan teliti, teguran/ulasan asas penulisan buku nota /buku tulis
· Tulisan murid yang tidak kemas
· Tarikh dan hari tidak dicatat
· Garisan tepi sebelum memulakan tugasan
· Ejaan dan penggunaan huruf besar dan huruf kecil
· Buku nota / buku tulis yang kotor dan koyak
- Tiada catatan penghargaan atas kerja murid yang baik dan kemas.
- Tidak ada tindak susulan atas segala teguran yang dbuat.
- Murid wajib membuat pembetulan atas segala kesilapan bagi tujuan mengulangkaji.
4. Fail Panitia Matapelajaran
- Penyediaan fail panitia yang lengkap , kemas dan mudah diakses
- Catatan minit mesyuarat yang menggunakan format lama
- Mesyurat kurikulum sekolah , agendanya hanya membincangkan hal-hal pengurusan ( house keeping) lebih banyak digunakan oleh pentadbir untuk memberikan taklimat.
- Seharusnya mesyuarat kurikulum di gunakan untuk membincangkan tahap pencapaian /prestasi murid. Aktiviti yang sesuai dijalankan oleh membantu mempertingkatkan
Prestasi murid. Post mortem perlu dibuat.
- Didalam mesyuarat kurikulum sasaran keputusan sekolah berdasarkan headcount yang dibuat dengan menggunakan panduan dan rujukan dari pelan strategik sekolah.
- Mesyuarat panitia digunakan untuk membincangkan sasaran murid mengikut matapelajaran. Setiap ujian/peperiksaan dalaman hendaklah dibuat JSU soalan. Post mortem terperinci untuk keputusan, soalan dan pencapaian murid berdasarkan matapelajaran.
5. Bengkel / Makmal/Bilik-bilik Khas
5.1 Bengkel KHSR
- Bengkel yang dibina khas , lengkap dengan perabot dan peralatan
- Bengkel yang diubahsuai ada yang lengkap dan dijaga rapi tetapi banyak yang tidak kondusif dan padat jika satu kelas 35 ke 40 orang murid dalam satu-satu masa
peralatan yang tidak mencukupi menyebabkan aktiviti amali lambat dan tidak berjalan lancar.
- Tiada bengkel – bahan dan peralatan disimpan didalam stor sukan atau stor am sekolah,
Kelas amali dijalankan di bilik darjah atau kantin atau kaki lima kelas – tidak selesa dan tidak sesuai.
5.2 Bengkel Bidang Teknik & Vokasional – KHB/MPV/LKTK
- Bengkel ERT kebanyakannya terjaga rapi dan ceria
Ada bengkel kerja kayu, kerja paip dan kerja elektronik-tidak tersusun , tidak berlabel dan peralatan tidak dijaga baik.
- Kebanyakan bengkel pertanian, terbiar dan tidak terjaga .
- Kebanyakan bengkel MPV dalam keadaan baik dan selesa untuk P&P,
Bengkel LKTK – sekolah yang menawarkan matapelajarn tersebut – bengkel terjaga
Sekolah yang tidak menawarkan matapelajaran tersebut tetapi ada bengkel – bengkel tidak terjaga atau dijadikan kelas. Bengkel berada di tingkat atas – Tingkat 3 peralatan yang besar dan terlalu berat di tempatkan dibawah – tempat yang tidak sesuai
5.3 Makmal Sains ( Sekolah Menengah) Bilik Sains ( Sekolah Rendah)
- Banyak makmal Sains yang telah lama dan uzur fizikalnya – perabot rosak dimakan anai-anai
- Penggunaannya tidak maksimum
- Proses pelupusan bahan-bahan berbahaya sukar dan mahal.
- Makmal Sains/ Bilik Sains perlu diaudit setiap tahun supaya makmal diurus mengikut prosedur yang betul.
5.4 Makmal Bahasa
- Tidak digunakan secara maksimum
- Tiada bekalan bahan, courseware perlu dibina sendiri oleh guru.
- Peralatan telah rosak dan bila dilaporkan ke JPNS , dimaklumkan bahawa tiada peruntukan
untuk membaikpulih, penggunaan kaset telah ketinggalan zaman , sukar mendapat bekalan.
5.5 Makmal Komputer
- Penggunaannya tidak secara maksimum
- Banyak komputer dalam makmal komputer rosak yang tidak boleh digunakan.
- Bilangan yang sedikit menyebabkan murid perlu berkongsi
- Internet tidak dapat diakses atau terlalu perlahan menyebabkan program seperti ZOOM A tidak berjaya.
- Peruntukan khas perlu untuk kos penyelenggaraan peralatan komputer.
6. Pengurusan Headcount
- Headcount dibuat sekadar memenuhi keperluan PPD atau JPNS tetapi tidak dijadikan alat/tools untuk membantu memajukan prestasi murid.
- Ada disediakan tetapi ada kekeliruan atau kesilapan.
- ETR murid yang lemah disasarkan gagal- sepatutnya disasarkan markah yang minimum lulus dan guru akan berusaha membantu murid kearah itu.
- Perbincangan dua hala murid dan guru perlu ada – murid perlu tahu sasaran yang dibuat atau murid yang menentu sasaran atas bimbingan guru.
- Headcount pelu dipamer dalam kelas atau meja murid atau buku nota/latihan murid agar murid sentiasa peka dengan sasaran yang dibuat.
- Post mortem perlu dibuat oleh murid dan guru selepas setiap ujian atau peperiksaan untuk menentukan sasaran yang telah dibuat, jika dibawah paras yang disasar perlu buat post mortem tetapi jika menepati atau melepasi sasaran, sasaran baru perlu dibuat- mengelakkan murid berada dalam zon selesa.
PRASEKOLAH
Hasil dapatan Pemantauan / kursus serta taklimat dilaksanakan dalam tahun 2010,
Dapatan |
· Lebih 95 % guru prasekolah memahami kehendak KSPK dan telah pun memberi taklimat pelaksanaannya kepada pihak pentadbir. · Guru telah menjalankan 600 minit pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu dan 600 minit pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. · Di sekolah SJKC dan SJKT , pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu 400 minit dalam Bahasa Melayu,400 minit dalam Bahasa Inggeris dan 400 minit dalam Bahasa Ibunda. · Kelas bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari iaitu selama 4 jam sehari. · Tumpuan pelaksanaan p&p adalah 65 % pengajaran teras dan 35 % pengajaran tema diawal tahun sehingga Jun. · Guru juga cuba mencapai objektif menguasai 4M (Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul ) untuk semua murid prasekolah yang tiada masaalah pembelajaran. · Guru ada menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT ) dan menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) tetapi kurang menepati format yang telah dicadangkan semasa kursus KSPK, iaitu 3 elemen perlu ditulis iaitu Objektif, Aktiviti dan Impak. · Terdapat sebilangan kecil guru prasekolah ( 5.26 % ) tidak melaksanakan KSPK dan guru Pendidikan Islam (2.63 % ) masih menggunakan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah tahun 1992. · Terdapat juga sebilangan kecil ( 6.25 % ) Guru Besar yang tidak memahami KSPK. · Pada keseluruhannya sepanjang kursus dan taklimat yang dijalankan oleh pihak Jabatan Anjuran bersama Bahagian pendidikan Guru dan Bahagian pembangunan Kurikulum mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak pentadbiran sekolah memandangkan purata kehadiran adalah melebihi 90 %. |
Thursday, January 13, 2011
Transisi 14.1.2011
Program Transisi 13.1.2011
Program Transisi 12.1.2011
Gambar seterusnya di http://myzajalbum.blogspot.com/2011/01/program-transisi-1212011.html
Program Transisi 11.1.2011
Seperti biasa, pagi Selasa dimulakan dengan senaman ringan oleh En. Nazri kemudian pengurusan kelas dan santapan rohani oleh guru-guru mengikut jadual. Pada jam 9.00 pagi murid-murid dibawa melawat kawasan sekolah. Kali ini mereka dibawa ke kawasan letak kereta guru. Murid diterangkan tentang keselamatan di kawasan ini.
Selepas rehat, jam 10.20, murid-murid diajar menyanyi lagu Negaraku dengan betul dan seterusnya melukis Jalur Gemilang. Begilah antara hasil kerja murid-murid tersebut.
Aktiviti seterusnya ialah Dinamika kumpulan (huruf blog). Pada awalnya murid bermain dengan huruf-huruf blog pelbagai warna. Kemudian murid membentuk huruf mengikut arahan guru dengan berpandukan huruf-huruf blog yang ditunjukkan.
Tuesday, January 11, 2011
Saturday, January 8, 2011
Minggu orientasi Tahun 1 SKRH
Antara aktiviti-aktiviti hari kedua ialah:
a. Senaman ringan.